Yes..!! I love them very much.. hurmmm ni sebenarnya nk cerita sket pasal family aku. Disebabkan da lame tak balik rumah (hmpir sbulan lbih x silap)so wujudnya perasaan rindu kt dorg. wahaha.. Kelakarkan ayat.. =D Tapi serious aku nk sgt jumpa dorg skrg ni. Da lame tak duduk satu meja ngan dorg, makan same2, pegi family outing, gaduh-gaduh.. haha.. best..!!
Ni nk citer pasal ayah aku. Name die Abd Ghani Bin Shafawi. Berasal dari perak dan bekerja sebagai anggota polis. Die ni garang sgt tp bile da tua ni kurang la sket.. hahaha.. Tapi sebenarnya die ni penyayang orgnye tapi jenis yg tak tunjuk. Kire ayah aku ni rock..!! tapi dlm hati bunga-bunga.. hehe.. Yang paling aku salute pasal ayah aku ni, BELIAU akan cuba sedaya upaya nya untuk penuhi impian dan permintaan kitorg (yg jahat ni..). Sampaikan keutamaan sendiri pun diketepikan dahulu. (T.T) Gambar disebelah ni memperlihatkan ayah tgh karaoke kt rumah uncle. Sambil tu die letak tempurung kelapa di depan supaya adela satu dua sen jatuh dlm tu. hehe..
Okeyh.. sekarang ibu aku pulak. Name die Yawakhir Bt Hj Bokhari. Bekerja di Bank Simpanan Nasional BSN. Ibu seorang yg sgt understanding and rock la jugak. hehe.. Kat ibu la tempat aku meluah pelbagai cerita sebab ibu jenis yg akan mendengar pastu die akan bg nasihat. Biasalah tu.. Tapi bile die dah start membebel, ayah aku pun akan masuk 'rapping' same. hehe.. Memang bingit la kalu nk dengar tapi sume tu untuk kebaikan anak-anak die jugak. Satu tabiat ibu aku ni die sgt addict makan kuaci. Gambar kt sebelah ni pun diambil waktu ibu tgh makan kuaci sambil tgok ayah mintak sedekah, oppss..karaoke. hehe..
Anak yang pertama Siti Aishah nama diberi. Kakak aku ni berusia 23 thn. Dia skrg tgh belajar kt UIA ambk jurusan sosiologi. Kadang-kadang aku ade jugak berbual dan mencurah cerita kt die tp disebabkan masing-masing busy so susah jgk la nk jumpe. Anak yg kedua adalah aku. Tak bnyk yg aku nk cerita pasal diri sendiri coz korg da memang kenalkan. So xpayah lah ok. hehe.. Sekadar nk bagitau yg aku ni seorang yg penyayang dan periang. haha.. Anak yg ketiga ialah Nur Syazwani. Die ni baru habis sekolah dan sekarang tgh tggu panggilan sambung belajar. So skrg die tengah kerja sementara kat The Gardens.
Yang akhir sekali ialah Muhammad Ehsan. Sekarang ni die berada di tingkatan 5 kt Highschool Setapak. Die ni ade band sendiri yg layan metal core. Aku pun taktau ape jadah tu tp die skrg da record lagu ngan bandmate die and bagi aku dgr lagu tu. Lepas aku dengar satu ape pn aku tak paham coz jerit2 je lebih. Tapi bukan dia yg jerit sebab dia main drum je. hehe.. Kalau kt rumah ngan die ni la aku slalu lepak coz ntah la, ktorg mmg rapat.
No comments:
Post a Comment