Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, March 25, 2010

PMS...!!

Okey tajuk ni mungkin sensitif dikalangan perempuan dan ade yg malu nk bincangkannya. Tp bagi aku tajuk ni sgt penting sebab aku selalu mengalaminya. Kat sini aku nk kongsi info sket la pasal penyakit ni. Penyakit seggugut (PMS) merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yg berkaitan dgn kitaran haid wanita. Simptom mcm ni biasanya boleh dijangka dan belaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid. Bagi sesetengah perempuan dgn PMS, simptom amat teruk sehingga mereka dianggap melumpuhkan. Tapi bg aku jarang lar kene yg teruk tp bila simptom tu dtg, aku sgt moody dan ramai yg tak tahan dgn perangai aku waktu tu. Hehe..sorry kwn2.. Biasalah, hormon wanita.

PMS terdiri dari lebih 200 himpunan simptom berbeza tapi tiga simptom paling menonjol adalah mudah terganggu, ketegangan, dan murung. Tapi simptom sebenar dan tahapnya berbeza antara seseorang wanita dgn wanita. Kebanyakan wanita dgn sindrom prehaid mengalami hny sedikit dari masalah tersebut.
SIMPTOM
  • Perut kembung
  • Kejang perut
  • Payudara bengkak atau sensitif
  • Ketegangan atau bimbang
  • Masalah tidur (insomnia)
  • Sakit sendi atau otot
  • Pening kepala
  • Lesu
  • Jerawat
  • Hayunan perasaan (mood swings)
  • Peningkatan masalah kulit sediaada, dan pernafasan (contoh: alah, jangkitan) atau masalah mata (gangguan bulbar, conjunctivitis)

Selalunya untuk mengurangkan sakit ni aku selalu ambil Panadol Menstrual. Tapi jgn ambil dlm kuantiti yg bnyk la sebab mungkin ada kesannya dlm jangka masa yg panjang. Jadi ini je la info yg boleh kita kongsi setakat ini. Jadi setiap org kena faham Penyakit ni dan jgn malu untuk memperkatakannya

No comments: