Wednesday, March 31, 2010

Saya Suke..!!

Escada Pasific Paradise
Saya sangat suka perfume ni...!!!
Argghhhh.. Baunya sgt sweet,fruity, fresh, and young..!!
Tapi da habis la..
Kalau korg nk hadiahkan pon boleyy..!!
Yes..yes....!!

Lagu..

Kalau korg perasan la kan, aku selalu post lagu kt blog ni.. Semua lagu tu mmg aku sgt suke dan aku dengar tiap2 hari. So dengan baik hatinyer aku nk berkongsi la ngan korg. Mcm lagu No One Else Comes Close, kalau korg hayati lirik die n fahami lagu tu korg akan rasa best. haha..
Layannnnn.....

Joe - No One Else Comes Close




Lyrics | Joe lyrics - No One Else Comes Close lyrics

Hurray..!!

Lagi SIPULUH sambung dlm claz nnt..
hehehehe..
sipuluh..
sipuluh...
sipuluh......
=)

Lepak @ McD

Waiting..

I'm waiting right here..

Okey..!!

Okey..!! Lagi 14..!!

~Opah~

My granny yg sgt COMEL..!!
hehe..(ampun)
Pn. Zainab

The first..!! (Part 2)

The first cupcake i've baked..!! hehe..
looks very messy but hey, this is the first trial ok..
Next should be better...
Muahahahahahaaha....

The first..!!

The first ketupat 'jantan' i've made..
hahaha...

SEMANGAT MEMBARA..!!

Yes..!! Lagi 18 entries nk cukupkan 50..
pergh.. banyak lg tu..
(T.T)

Lets counting..!!

Only 2 months, 4 weeks and 2 days until my BIRTHDAY..!!
yeay..!!
(^0^)

I miss this little boy..

Syafiq Alif

Ni waktu die umur 3 hari.. Hebat tak aku pegang die?? mengeletar jgklah waktu tu.. hehe (^0^)

Bantal ni aku yg pegi beli.. comel..!!

TIMELESS

Baby come close let me tell you this
In a whisper my heart says you know it too
Baby we both share a secret wish
And your feeling my love reaching out to you

Timeless
Don't let it end no
Now that your right here in my arms where you should stay
Hold tight baby
Timeless
Don't let it fade out of sight
Just let the moment sweep us both away
Lifting us to where we both agree
This is timeless... love

I see it all baby in your eyes
When you look at me you know I feel it too (yes I do)
So let's set away and meet forever baby
Where the crystal ocean melts into the sky (Ohh Ohh Ohh Yeah)

We should let the moment pass (moment pass)
Making me shiver let's make it last
Why should we lose it
Don't ever let me go (Ohh Ohh Ohh Yeah Ohh)

(Tiiiii yeah yeah yeah yeah yeah yeah-e-yeah)

Baby it's timeless
Oh Baby it's timeless (E-yeah yeah yeah yeah)

Timeless
Don't let it fade out of sight
Just let the moment sweep us both away (just let the moment)
Lifting us to where we both agree
This is timeless
This is timeless
Love

Mood for today..

MISERY.. (T.T)

GOD please help me..!!

please..please..please..
aku sgt tension..
lalala...
harini kne buat kerja yg sgt banyak n sgt tension sekali..
tension adalah perkataan yg digemari pada hari ini..
(*,*)

Tuesday, March 30, 2010

Cepat..!!!

Perhatian kepada semua pelajar BBA Marketing part 4, dateline untuk blog ni adalah jumaat ni.
Kita kene ade 50 entries dlm blog. Giler ah..!! Aku punye tak sampai 30 pun lagi..!! mcm mne ni..
Da la bnyk assignment kne settle kan and plus test pun berderet-deret. Semangat hutan sile lah menjelma..!!!!

I heart THEM...!!!

Yes..!! I love them very much.. hurmmm ni sebenarnya nk cerita sket pasal family aku. Disebabkan da lame tak balik rumah (hmpir sbulan lbih x silap)so wujudnya perasaan rindu kt dorg. wahaha.. Kelakarkan ayat.. =D Tapi serious aku nk sgt jumpa dorg skrg ni. Da lame tak duduk satu meja ngan dorg, makan same2, pegi family outing, gaduh-gaduh.. haha.. best..!!
Ni nk citer pasal ayah aku. Name die Abd Ghani Bin Shafawi. Berasal dari perak dan bekerja sebagai anggota polis. Die ni garang sgt tp bile da tua ni kurang la sket.. hahaha.. Tapi sebenarnya die ni penyayang orgnye tapi jenis yg tak tunjuk. Kire ayah aku ni rock..!! tapi dlm hati bunga-bunga.. hehe.. Yang paling aku salute pasal ayah aku ni, BELIAU akan cuba sedaya upaya nya untuk penuhi impian dan permintaan kitorg (yg jahat ni..). Sampaikan keutamaan sendiri pun diketepikan dahulu. (T.T) Gambar disebelah ni memperlihatkan ayah tgh karaoke kt rumah uncle. Sambil tu die letak tempurung kelapa di depan supaya adela satu dua sen jatuh dlm tu. hehe..
Okeyh.. sekarang ibu aku pulak. Name die Yawakhir Bt Hj Bokhari. Bekerja di Bank Simpanan Nasional BSN. Ibu seorang yg sgt understanding and rock la jugak. hehe.. Kat ibu la tempat aku meluah pelbagai cerita sebab ibu jenis yg akan mendengar pastu die akan bg nasihat. Biasalah tu.. Tapi bile die dah start membebel, ayah aku pun akan masuk 'rapping' same. hehe.. Memang bingit la kalu nk dengar tapi sume tu untuk kebaikan anak-anak die jugak. Satu tabiat ibu aku ni die sgt addict makan kuaci. Gambar kt sebelah ni pun diambil waktu ibu tgh makan kuaci sambil tgok ayah mintak sedekah, oppss..karaoke. hehe..
Anak yang pertama Siti Aishah nama diberi. Kakak aku ni berusia 23 thn. Dia skrg tgh belajar kt UIA ambk jurusan sosiologi. Kadang-kadang aku ade jugak berbual dan mencurah cerita kt die tp disebabkan masing-masing busy so susah jgk la nk jumpe. Anak yg kedua adalah aku. Tak bnyk yg aku nk cerita pasal diri sendiri coz korg da memang kenalkan. So xpayah lah ok. hehe.. Sekadar nk bagitau yg aku ni seorang yg penyayang dan periang. haha.. Anak yg ketiga ialah Nur Syazwani. Die ni baru habis sekolah dan sekarang tgh tggu panggilan sambung belajar. So skrg die tengah kerja sementara kat The Gardens.

Yang akhir sekali ialah Muhammad Ehsan. Sekarang ni die berada di tingkatan 5 kt Highschool Setapak. Die ni ade band sendiri yg layan metal core. Aku pun taktau ape jadah tu tp die skrg da record lagu ngan bandmate die and bagi aku dgr lagu tu. Lepas aku dengar satu ape pn aku tak paham coz jerit2 je lebih. Tapi bukan dia yg jerit sebab dia main drum je. hehe.. Kalau kt rumah ngan die ni la aku slalu lepak coz ntah la, ktorg mmg rapat.

So setakat tu jela summary pasal family aku. Hopefully klu korg jumpa kt luar or kt mane2 tegor je la eh. hehe..

Thursday, March 25, 2010

Ramzi feat Ash King - Your Love Is Blind



Also listen to Ramzi feat Preeya Kalidas - Love Is Blind (female reply remix)

PMS...!!

Okey tajuk ni mungkin sensitif dikalangan perempuan dan ade yg malu nk bincangkannya. Tp bagi aku tajuk ni sgt penting sebab aku selalu mengalaminya. Kat sini aku nk kongsi info sket la pasal penyakit ni. Penyakit seggugut (PMS) merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yg berkaitan dgn kitaran haid wanita. Simptom mcm ni biasanya boleh dijangka dan belaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid. Bagi sesetengah perempuan dgn PMS, simptom amat teruk sehingga mereka dianggap melumpuhkan. Tapi bg aku jarang lar kene yg teruk tp bila simptom tu dtg, aku sgt moody dan ramai yg tak tahan dgn perangai aku waktu tu. Hehe..sorry kwn2.. Biasalah, hormon wanita.

PMS terdiri dari lebih 200 himpunan simptom berbeza tapi tiga simptom paling menonjol adalah mudah terganggu, ketegangan, dan murung. Tapi simptom sebenar dan tahapnya berbeza antara seseorang wanita dgn wanita. Kebanyakan wanita dgn sindrom prehaid mengalami hny sedikit dari masalah tersebut.
SIMPTOM
  • Perut kembung
  • Kejang perut
  • Payudara bengkak atau sensitif
  • Ketegangan atau bimbang
  • Masalah tidur (insomnia)
  • Sakit sendi atau otot
  • Pening kepala
  • Lesu
  • Jerawat
  • Hayunan perasaan (mood swings)
  • Peningkatan masalah kulit sediaada, dan pernafasan (contoh: alah, jangkitan) atau masalah mata (gangguan bulbar, conjunctivitis)

Selalunya untuk mengurangkan sakit ni aku selalu ambil Panadol Menstrual. Tapi jgn ambil dlm kuantiti yg bnyk la sebab mungkin ada kesannya dlm jangka masa yg panjang. Jadi ini je la info yg boleh kita kongsi setakat ini. Jadi setiap org kena faham Penyakit ni dan jgn malu untuk memperkatakannya

Wednesday, March 24, 2010

Sengaja @ tak disengajakan??

Malam suram, hitam, kelam..... sakit hati tp xboleh luah.. mcm mne nk ckp tapi xkan kene marah balik?? Pelik tapi benar tapi memang sengaja kan... Tak tau ape sebenarnya tp nak sgt cakap supaya tak bersimpul.. Memang sengaja mcm tu tp ape nk buat dah dipilih begitu.. Boleh pilih jalan lain tp nk jugak ikut jalan songsang, bengkang bengkok dan pusing-pusing.. Nak sgt buat penerangan yg serius tp x boleh.. Ade unsur-unsur jahat menghasuti.. Jahat sgt..!!!! Geram sgt..!!! tolong la faham sket.. Jangan smpai tak dipedulikan langsung.. Baru nk tersedar kesilapan yg dah jauh menyimpang.. Tapi betul ke firasat diminda?? Atau andaian yg tak berguna pun sebenarnya.. Tolong lah jangan bersimpul lagi.. Lurus la balik...Kemaskan balik ape yang dah bersepah tu...
(Tolong jangan fahamkan....)

Tuesday, March 23, 2010

Kasut tumit tinggi jejas kesuburan wanita

Okey, harini kita akan bincang pasal "High Heels". Mesti ramai perempuan yg suka pakai kasut tumit tinggi tp pada aku mmg xsuke pakai coz xselesa sgt. Plus adik aku pernah cakap bile aku pakai kasut yg tinggi2 ni nmpak mcm pondan berjalan. Hahaha.. Sebenarnye dari kecik aku mmg xske pakai kasut camgitu. So harini nk kongsi lah sket info pasal keburukan memakai kasut tumit tinggi ni.

Dalam satu kajian yg dijalankan, tindakan memakai kasut tumit tinggi mmbolehkan sesorg wanita nmpk bergaya tapi ia juga boleh menjejaskan peluang si pemakai untuk menimang anak. Ini disebabkan apabila wanita bergaya berdiri tidak seimbang setiap kali memakai kasut bertumit setinggi 12.7 cm, ianya akan mmberi kesan kepada organ dalaman dan kesuburan wanita. Sebagai wanita yg menjaga dan mnghargai kesihatan elakkanlah dari memakai kasut tumit tinggi dgn ape cara sekali pun sebab ia langsung tak berbaloi dengan risiko yg akan ditanggung. Antara risiko yg akan kita tanggung ialah Visceroptosis. Keadaan ini pernah dialami oleh wanita yg memakai korset atau barut dan kini ia tak lg menyakitkan pinggang sebaliknya menjadikan kaki sebagai mangsa. Kedudukan pinggul cuba ditolak ke depan oleh pemakai membolehkan isi perut bergerak ke depan. Bile ini terjadi, ramai wanita menganggap ia adalah 'perut buncit'.
FAKTA
  • Jejaskan peluang untuk dapat anak
  • Punca rambut gugur
  • Kasut tumit tinggi berukuran 12.7 cm boleh jejaskan organ dalaman dan kesuburan wanita
  • Menyebabkan leher, lutut, sendi, tulang belakang, bahu menjadi sakit
  • Menyebabkan pening kepala dan ganguan haid

Jadi, kesimpulannya disini kalau nk pakai kasut bertumit tinggi kita kne fikir pasal keburukannya dahulu sebelum fikir pasal keseronokan dan kecantikan. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati. =')

Monday, March 15, 2010

Hak Keistimewaan Orang Melayu

Wajar dedah kelemahan Melayu
“Akhbar terutamanya berbahasa Melayu mempunyai tanggungjawab besar membahaskan secara terperinci serta mendedahkan kekurangan dan kelemahan bagi memastikan masyarakat Melayu tidak tercicir,” Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam -METRO
Itu adalah petikan daripada salah seorang pemimpin di negara ini. Harini dm kelas CTU 553, aku, Naza, Atie,dan Ziela telah membentangkan satu tajuk iaitu Hak Keiatimewaan Melayu - Adakah Ianya Masih Relevan Pada Masa Kini. Selepas selesai ktrg terangkan pasal Perlembagaan dan hak-hak keistimewaan org melayu, bnyk lah pula soalan yg ditanya oleh budak2 kelas. Dah bnyk peluru dorg hentam. Ada yang bertanyakan pendapat dan ade juga yg memberikan pendapat. Bagus juga sekali sekala kita bincangkan soal ini dlm kelas sebab benda ni akan wujudkan kesedaran dlm diri kita sebagai orang Melayu.
Antara artikel yang terkandung dalam Perlembagaan:
Artikel 11
Artikel 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan Agama rasmi Persekutuan. Sungguh pun begitu setiap orang berhak mempraktikkan agamanya sendiri.
Artikel 152
Artikel 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa kebangsaan merupakan bahasa Melayu. Walau bagimanapun, perlembagaan menjamin kebebasan pembelajaran dan penggunaan bahasa-bahasa lain, kecuali di atas tujuan-tujuan rasmi. Tujuan-tujuan Rasmi di sini bermakna apa-apa tujuan kerajaan, samada negara atau negeri, dan termasuklah apa-apa tujuan penguasaan awam. Untuk penguatkuasaan ini, semua prosiding mahkamah dan dokumen-dokumen parlimen serta mesyuarat-mesyuarat mesti dilakukan di dalam bahasa Melayu.Tulisan rasmi bagi bahasa Melayu juga dinyatakan di dalam Artikel 152 sebagai rumi atau tulisan Latin. Walau bagaimanapun, penggunaan Jawi tidak dilarang.
Artikel 153
Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Malaysia. Artikel ini secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia biasa dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial.
Artikel 160
Artikel 160 mendefinisikan bentuk perkataan pelbagai yang digunakan di dalam perlembagaan. Ia memberikan impak penting pada Islam di Malaysia dan orang Melayu disebabkan definisi seorang Melayu pada klausa 2.
Jadi kita sebagai orang Melayu dan Warganegara Malaysia, kita kena bersatu padu agar orang Melayu ni tak lagi dipandang serong oleh kaum lain. Kita juga kene meningkatkan taraf hidup dan ekonomi setanding dengan kaum lain. Dan kite juga jgn la biarkan kaum lain memperkotak-katik kan hak-hak kita sebagain orang Melayu. Melayu Boleh.. Yeah..!!

Friday, March 12, 2010

Pay attention, Girls...!!!! - Girls and Drinking

As much as we’d like it if everything were equal between girls and boys, some things just aren’t. For instance, girls’ bodies process alcohol differently than guys’ do. Because of this, girls who drink the same amount as guys usually do more damage to themselves.


• You’ve probably heard that most of the human body is made up of water. But girls actually have less water in their bodies than boys do. This is perfectly normal—in fact, most of the time it makes no difference at all. But because water helps to dilute alcohol, if a girl and a guy drink the same amount of alcohol, the girl will have a higher concentration of alcohol in her blood. So, girls get drunk faster—but many don’t realize it. And that’s a DANGER.


• Ready to get technical? Alcohol dehydrogenase (ADH) is an enzyme that breaks down alcohol in your stomach so that less of it enters your circulatory system. In girls this enzyme is less active, meaning that when girls drink the same amount as guys, more alcohol enters girls’ blood stream.


• You probably already know that your period makes your hormones go crazy, but there’s another side to this story. These monthly hormone changes can also affect the way your body processes alcohol. To make a long story short: Girls get drunk faster and stay drunk longer than boys. That means it will take less alcohol to make you do something you’ll regret, and you’ll have less time to avoid alcohol poisoning!

Drops of Rain


Alhamdullillah... akhirnye setelah sekian lame tak hujan, turun jugak ia betimpa-timpa start dri mlm semalam. Basah jugak bumi Segamat ni yg 'segar amat' ini. Sejuk jugak air dlm kolah, cuaca yg nyaman dan tumbuh-tumbuhan pun turut bernyanyi.. hehehe.. Tidur pun tak payah atas lantai lg disebabkan kepanasan. =) Hati pun dah sejuk kembali dan berbunga-bunga. Harapan selepas ini takdelah lagi kemarau yg berpanjangan dan xde pula ditimpa ape2 lagi bencana alam di bumi Malaysia ini. Aminn..


Tuesday, March 2, 2010

Hey Ladies...!!!


Hola to all the ladies..!! okey kalau selalu kite 'org perempuan' selalu berborak time lepak ialah pasal accessories and bende2 yg cantik2 lah.. so dgn niat nk tolong korang penuhi info2 time lepak2 tu, korg boleh check out all the blogs yg relate pasal baju, accessories, bags, etc yg aku dah list kan kt column 'Obsession Link'.. kt situ korg bole la tau pasal info2 latest fesyen and yg sangat 'in' la skrg.. kalau nk view lagi bnyk blog yg related, dari blog yg aku listkan tu korg boleh tgok blog-blog yg dorg dah link'kan dpd blog dorg.. so korg akan lebih dpt bnyk info.. =') Aku pun selalu la jugak view pasal blog2 ni coz suke tgok barang2 yg dorg highlight kan.. so kalau nk beli barang melalui online, korg kene pastikan blog tu benar2 sediakan service tu n org tu benar2 wujud.. okey, selamat view...!!!!! =D