Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, April 15, 2010

Great Feeling..!!

Owhh...!!! It's good to be at home... Ibu akan berkata; "Welcome home my dear.." Pastu golek-golek atas katil yg empuk...Tuhan saja yg tau perasaan tu. Almaklumlah, bnyk yg terjadi semasa kt Segamat. Dgn test and presentation yg melambak. Sgt stress okey..!!! Keadaan yg sgt PANAS dan tak tenteram buat hati aku lg panas. Tp sume tu akan di'cool' kan oleh keadaan rumah yg sgt happening. Sorry la kt PM Kamel Taufiq sbb tak pegi kelas die hari jumaat coz hari khamis ptg trus shoot balik KL. Dah tak sabar sgt. hehe.. Okey lepas ni akan balik semula ke Segamat sbb da FINAL EXAM..!! Waa.. sgt takot...Aku kan buat yg terbaik coz tak nak lagi org pndang rendah.. YES, SITI JAMILAH..!! YOU CAN DO MUCH BETTER THAN THEM..!! Orait, wish me luck and good luck to all my classmates..

Monday, April 12, 2010

Bile da akhir sem ni....

Bile da nak habis semester ni banyak la perkara yg berlaku kt sekeliling. Ade yang buruk dan ade yg baik. Tak semua yg kite rancang menjadi, tak semua yg kite harapkan akan termakbul. Yang pasti lepas ni kite berpulun plak untuk final. Hehe.. Okey la, bile nk diingat kan balik waktu diploma dulu (waktu duduk kolej), bile da nk habis-habis sem ni kewangan aku n kengkawan (Anis n Zerol)merosot la jugak. Almaklumlah, duit PT da habis n duit PaMa pun jarang masuk. Hehe.. Best btol la bile teringat balik pasal tu. Awal-awal sem kitorang beli punye la bnyk barang-barang makanan. Yang paling wajib dibeli ialah pasta, cili udang, roti, biskut, meggi, kicap, telur dan macam-macam lagi.. hehe.. Time tu sgt la heaven sbb dlm bilik ktorg kt kolej pun ade fridge kecik, periuk nasi n stove gas yg kecik tu jugak. =D~~ Time tu jugak lah ktorg buat bisness sandwich kecil-kecilan. Sgt laku wooo.. Sampai ade regular customer. Siap ade yg request sruh pakai roti gardenia lg tu. Mintak maap la cik adik oii.. kami mmg pakai roti gardenia siap tuna cap ayam brand lg tau!! Demand betol tp takpe la kan.. kami kene la jugak dengar 'rintihan rasa' pelanggan2 kami yg setia..huhu.. Ni kire tak langsung buat 'business practical' la..haha.. Pastu aktiviti ktorg telah dihidu oleh pihak UPK (pengurusan kolej) trus dorg ambush blik n rampas sume barang2 terlarang. Trus ktorg rasa sedih sebab tak dpt main masak-masak lg.. ='( Kalau nk dikira menu paling best ktorg penah masak bersame (best bkn sedap tau) meggi chicken ball..!! Sgt terbaek wookkk..!! Tapi menu yg mahal sket cost die yg ktorg masak ialah pasta..Sodap sgt..!! Pastu bile naik Degree sume da berpecah. Tapi memori ktorg bersame mmg best..!!

Thursday, April 8, 2010

Susah dan Senang..

Minggu ni aku jadi susah sket coz still xdpt ambik keta lg dari workshop. Appa aku kate bnyk yg rosak n nk betolkan lagi ambik mase sket. So terpakselah aku melompat-lompat tumpang kawan2. Rase segan tapi nk buat mcm mane, nk hidupkan. Tp bagi aku tak selalunya kita akan rase senang. Nak tak nak kena jugak rase susah supaya diri tu sedar yg kite tak selalunya boleh rase senang. Appa (ayah) aku kat KL tu lagi runsing kot coz ongkos nk byr mungkin 5 @ 6 rat kot. Bingit je die kat aku. Sorry la ayah.. Orang baru first time pakai kot. Jangan lepas ni belanja aku dipotong sudeyh.. Lagi la haru kalau mcm tu. Tapi rase best pulak bile x bwk keta ni. Ongkos takde la mcm air je keluar. Atleast boleh la saving sket. Tapi pergerakan terbatas la sket. Tapi xpe lah. Kite tgok je bile bole keadaan jadi mcm biasa...Bak kate Ibu "Sabor je la".. Just wait and see what will happen next..

Friday, April 2, 2010

Mariah Carey - I Want To Know What Love Is



Sorry Ayah..

Semalam aku sgt runsing coz mcm2 jadi. Pagi2 lagi bile nk pergi kelas, nk start enjin keta xboleh nk hidup pulak. Rase sedih waktu tu coz pukul 8am tu ade test product pulak. Macam2 hal.. So dgn niat nk pergi kelas yg sgt membara itu, aku contact Aeir n ktorg pegi UiTM dgn housemate die. Syukur lah dorg x pegi lg. Balik test aku cheack lagi kereta, still x boleh nk start jugak. Sedih betol.. Bile malam baru bole mintak tolong Ustad, Aier n Jawe tgokkan keta tu. Sebaik la dorg bole tlong.. TQ KORANG..!! Pastu terus aku contact ayah n ckap kt die pasal hal tu. Sebaik ayah cool je tp die gertak aku sruh beli bateri kereta sendiri..!! Huh.. aku mane ade duit..!! Tapi takkan la ayah aku nk biar aku mcm tu je kan. Saje je ayah ni.. Pastu ayah kate kalau tak boleh start jugak besok pagi (harini), tukar je bateri. Fuhhh..sebaik ayah sgt memahami.. Pagi2 lagi td ayah dah call and tanya pasal keta. Aku ckp la keta da bole start and kalau aku larat lepas test nk balik rumah. Itu pun kalau larat coz mlm td tdo pkol 5 am buat assignment IM. Ptg ni ade test CTU plak.. ngeee.. Nk sgt balik rumah...!! (T.T)

Tunjukkan Aku - Boneca

Din Beramboi Meninggal Dunia

Din Beramboi meninggal Dunia, takziah buat ahli keluarga Din Beramboi, Al Fatihah…

Pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 pagi di Hospital Selayang.

Kematian Allahyarham disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani.

Ketika diminta untuk mengulas mengenai berita sedih itu, Nizam bagaimanapun masih belum bersedia memberikan sebarang komen kerana masih terkejut. Pihak keluarga dan rakan terdekat Allahyarham juga gagal dihubungi.

Din yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Allahyarham dimasukkan ke hospital pada petang Isnin lalu selepas mengalami demam yang mempunyai tanda-tanda denggi.

Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.

‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini.


Rahsia personaliti - Betul ke kawan-kawan??

Link: Nurul Ashykin Rahsia Personaliti Warna Melalui Tarikh Lahir

25 Jun hingga 4 Julai – Merah

MERAH
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda ‘angin satu bandan’! Taman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan meraka.

Betul ke kawan-kawan??